Ahad, 27 September 2009

Ramadhan berlalu,Syawal menjelma

Setelah sebulan berpuasa,kini raya menjelma.Tahun ini,pertama kalinya aku n hubby beraya di rumah baru kami.Family sebelah hubby aku datang beraya di rumah kami..Raya pertama sebelah petangnya selepas ke rumah sedara mara kat Ampang,kitorang beraya kat KLCC,bawa family abang ipar aku yang belum sampai lagi ke sini. Seperti yang kujangka,berada di KLCC macam berada di negara lain.Ramai pendatang asing lepak-lepak di sini..menyampah lak aku tengok..Raya kedua abang Yie dah nak balik kampung,dari Johor singgah rumah aku jap,kemudian kami ke rumah kakak di Ampang,barulah aku dapat raya ngan adik-beradik betul aku,terasa lah gak beraya.Raya ketiga, baru kami balik kampung.Singgah Perak jap,rumah sedara mak.Malam barulah aku dapat jumpa mak.Soknya adik lak sampai.Kami 3 beradik ke rumah ayah...beraya ngan ayah..malamnya adik tidur rumah.Meriah betul rumah pada malam hari.Riuh dengan kenakalan anak-anak buah aku.Main sakan,macam nak pecah rumah dibuatnya.4 hero 1 heroin..meriah..meriah..Aku yang takde anak ni..ntah tak terasa lak sedihnya..mungkin gembira tengok keletah anak-anak buahku...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan