Khamis, 1 Oktober 2009
Waah....Semput dibuatnya..
Raya dah abis...dengan masa yang tinggal lebih kurang 2 bulan ini,kami perlu laksanakan seberapa segera program yang telah dirancangkan..maka terjadilah 2 program dalam 1 masa..Harap-harap dapat dilaksanakan dengan jayanya..penat gak lah nampaknya..Open house pun tak sempat nak plan lagi bila lah agaknya..Kengkawan pun tak tau lagi..masing-masing apabila ditanya..tak tahu..ntah ada ke idak..Aku rasa nak wat gak,kecik-kecik pun jadiklah...saje,nak ajak kengkawan datang rumah baru..ramai lagi yang belum sampai umah aku ni...
Ahad, 27 September 2009
Ramadhan berlalu,Syawal menjelma
Setelah sebulan berpuasa,kini raya menjelma.Tahun ini,pertama kalinya aku n hubby beraya di rumah baru kami.Family sebelah hubby aku datang beraya di rumah kami..Raya pertama sebelah petangnya selepas ke rumah sedara mara kat Ampang,kitorang beraya kat KLCC,bawa family abang ipar aku yang belum sampai lagi ke sini. Seperti yang kujangka,berada di KLCC macam berada di negara lain.Ramai pendatang asing lepak-lepak di sini..menyampah lak aku tengok..Raya kedua abang Yie dah nak balik kampung,dari Johor singgah rumah aku jap,kemudian kami ke rumah kakak di Ampang,barulah aku dapat raya ngan adik-beradik betul aku,terasa lah gak beraya.Raya ketiga, baru kami balik kampung.Singgah Perak jap,rumah sedara mak.Malam barulah aku dapat jumpa mak.Soknya adik lak sampai.Kami 3 beradik ke rumah ayah...beraya ngan ayah..malamnya adik tidur rumah.Meriah betul rumah pada malam hari.Riuh dengan kenakalan anak-anak buah aku.Main sakan,macam nak pecah rumah dibuatnya.4 hero 1 heroin..meriah..meriah..Aku yang takde anak ni..ntah tak terasa lak sedihnya..mungkin gembira tengok keletah anak-anak buahku...
Rabu, 26 Ogos 2009
Dah lega..
Arini dah abis PTK..Jawab..dah jawab..Betul atau salah,tak tau lagi..Tawakkallah...tunggu je keputusan..
Isnin, 24 Ogos 2009
Semoga berjaya
Kepada anak-anak muridku, teruskan usahamu hingga ketitisan darah terakhir. Berjuanglah sebelum kau rebah..semoga kejayaan gemilang menantimu..Kami guru-guru tahun 6,sentiasa mendoakan kejayaan kalian..amminn
Puasa,PTK,Raya
Minggu ni,cuti sekolah.Tapi aku tak cuti gak,kelas tambahan,PTK. Semua nak kena settle...Cian kt aku.Nak balik kampung pun tak leh gak...sungguh kasihan..kertas-kertas murid banyak belum bertanda..percubaan terakhir..poning-poning..
UPSR oh UPSR!!!!
Ia semakin hampir..mungkin aku yang lebih resah berbanding anak muridku..Ya Allah berikanlah kejayaan kepada mereka...
Langgan:
Ulasan (Atom)
